FAQ / SOALAN LAZIM

FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD). Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah (syariah compliant) yang disandarkan kepada market fizikal kelapa sawit dunia.

FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah (1 lot FCPO bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah) pada suatu masa tertentu di masa hadapan.

Market niaga hadapan CPO adalah penanda aras harga minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit di seluruh dunia. Pada awalnya ia menggunakan sistem open outcry dan kemudiannya pada tahun 2001 ditukar kepada platform elektronik yang membolehkan urusniaga yang lebih efisien dan mampu menarik lebih ramai pelabur.FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia.

Kontrak FCPO adalah urusniaga patuh syariah (syariah compliance) dimana ia telah diiktiraf oleh Shariah Advisory Bursa Malaysia.

Oleh yang demikian pedagang-pedagang pasaran hadapan muslim tidak perlu ragu-ragu akan halal dan haram kontrak FCPO ini berbanding lain-lain instrumen pelaburan.

Pasaran Futures di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) kini tidak lagi seperti dahulu. Hal ini kerana pasaran Futures di BMD telah masuk ke era globalisasi. Kadar kecairan pasaran Futures terutama FCPO yang sangat tinggi saban tahun telah menarik banyak pelabur dari luar negara. Masih ramai pelabur tempatan yang tidak terlibat dalam pasaran FCPO dek kerana kekurangan informasi dan tidak selalu diwar-warkan dalam arus media perdana.

Pasaran FCPO mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding pasaran saham. Artikel ini bukanlah bertujuan untuk mengkritik pasaran saham. (Kami pun melabur saham). Cuma bertujuan untuk memberitahu pilihan lain yang pelabur ada selain saham.

1. Pasaran Dua Hala

Pasaran FCPO boleh didagangkan dalam dua hala. Maksudnya, jika pasaran sedang Bullish, pelabur boleh mengambil posisi long dan jika pasaran Bearish, pelabur boleh mengambil posisi short. Walaupun posisi long dan short dibenarkan dalam FCPO, ia tidak sama seperti pasaran Forex dan minyak mentah (Crude Oil). Hal ini kerana FCPO mempunyai ciri-ciri barang fizikal yang jelas.

2. Pasaran Yang Volatile

Pada masa artikel ini ditulis, pasaran FCPO bergerak dalam purata 150 – 200 tick setiap hari. Sebagai pedagang FCPO, ini adalah masa keemasan untuk menjana keuntungan yang tinggi. Kiraan 1 tick bersamaan RM25, oleh itu peluang menjana keuntungan dalam pasaran FCPO sangat tinggi iaitu antara RM3,750 hingga RM5,000 setiap hari. Namun begitu, risiko untuk menerima kerugian juga adalah sama tinggi.

3. Fokus Pada 1 Carta

Tidak seperti saham, biasanya pelabur perlu meneliti dan mengkaji banyak saham yang berpotensi setiap hari. Dalam pasaran FCPO, pedagang hanya memfokuskan pada satu carta sahaja iaitu carta kontrak FCPO bulanan. FCPO didagangkan dalam bentuk kontrak dan ia bertukar-tukar setiap bulan. Jadi, pedagang hanya perlu fokus pada carta kontrak sahaja dan tidak perlu lagi untuk mengkaji kaunter yang banyak.

4. Patuh Syariah

Produk FCPO memang sudah disahkan patuh syariah oleh Panel Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SAC). Tiada ragu!

5. Boleh Trade Waktu Malam

Ini kelebihan FCPO yang tidak ada pada pasaran saham Bursa Malaysia. FCPO telah mula memperkenalkan sesi dagangan waktu malam sejak akhir tahun lepas. Hal ini untuk menarik lebih ramai pedagang global untuk terlibat dalam pasaran FCPO. Pasaran FCPO dibuka pada waktu malam bermula jam 9.00pm hingga 11.30pm.

Apabila pasaran saham merudum, pasaran Futures seperti FCPO adalah yang terbaik. Namun begitu, kena ada ilmu dahulu! FCPO antara pasaran yang sangat mudah cair dan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding saham.

Seperti mana kita tahu untuk pasaran saham, kita perlu membeli saham dahulu untuk kita memiliki pegangan pada saham tersebut. Setelah memiliki saham tersebut baru lah kita boleh menjualnya semula untuk mendapat keuntungan melalui perbezaan antara harga belian dan jualan saham tersebut. Keuntungan boleh dibuat setelah harga saham itu menaik.

Berbeza dengan pasaran hadapan, pelaburan dan keuntungan boleh dibuat melalui dua arah pergerakan pasaran. Long bermaksud membeli sesuatu kontrak pasaran hadapan. Ini berlaku apabila pelabur merasakan pasaran akan bergerak lebih tinggi dari masa sekarang dan membuat keputusan untuk membeli kontrak hadapan tersebut. Apabila pasaran sudah menaik pelabur tadi akan menjual balik pegangan kontak hadapan tersebut.

Dan sebaliknya short bermaksud menjual sesuatu kontrak pasaran hadapan. Di sini pelabur merasakan pasaran akan menurun ke paras yang lebih rendah dari pasaran semasa dan mengambil keputusan untuk menjual kontrak niaga hadapan. Setelah pasaran jatuh pelabur akan mengambil keuntungan dengan membeli balik kontrak niaga hadapan pada harga yang lebih rendah berbanding dengan harga jualan di awal pelaburan tadi.

Jadinya, keuntungan dalam pasaran hadapan adalah berdasarkan perbezaan harga apabila pedagang menutup posisi “long” atau “short” yang dibuka.

REVO adalah salah sebuah team dan syarikat yang menjalankan servis konsultasi dan training kepada individu yang baru menceburi industri trading ini dan juga kepada traders yang sedia ada dalam tetapi masih belum membuat keuntungan, atau tidak konsisten dan masih tercari-cari apa yang tidak kena dengan diri anda. Please, don’t give up, percaya pada diri sendiri dan ingatlah, “Turning Point” sebenar anda mungkin bersama kami di REVO. 

Training kami bukan sahaja tertumpu kepada FCPO, tetapi jika kita sebut tentang technical, ianya termasuk juga Forex serta stocks trading. Seperti yang diterangkan, tempoh 12 tahun  dalam trading bukan lah pendek, dan kami pernah berada dalam industri forex, stocks dan pelbagai lagi instrumen dan kini, sedang rancak menjana keuntungan didalam FCPO dan kami ingin anda buka mata, mari kita sertai pasaran Malaysia sendiri yang volatile dan lebih mudah untuk membuat keuntungan dari pasaran-pasaran lain.

Yes, REVO Exclusive Private Training Programme. Including pelbagai benefit dan satu pakej yang lengkap untuk memulakan karier anda sebagai seorang fulltime trader. Jangan salah faham, bukan sahaja untuk trader baru, tetapi juga untuk mereka yang sudah berpengalaman tetapi masih tak dapat buat untung, masih mencari-cari “Turning Point” diri mereka dalam trading ini. 

REVO ada jawapan untuk anda.

Kami tidak nafikan, tempoh waktu 12 tahun kami bukanlah pendek. Perjalanan karier bermula dengan hanya seorang pelajar universiti yang tiada apa-apa, mencari-cari apa yang nak achieve didalam hidup, memulakan perniagaan kecil-kecilan demi kelangsungan hidup dan membantu ringankan beban ibu bapa yang telah bekorban demi pelajaran anak nya di universiti. Disebabkan minat yang very deep mengenai bidang ini, kami mula belajar dari buku-buku fizikal yang boleh didapati dari bookstore.

Hanya belajar dari buku, hanya tuhan saja yang tahu betapa susah untuk kami dapatkan akses dan knowledge mengenai bidang ini 12 tahun yang lalu.  

Sehingga kami melalui pelbagai proses, kerugian dari first trade, kerugian yang begitu banyak, dan mula berniaga semula kerana rugi disebabkan kurang pendedahan knowledge

Tapi kami tidak berputus asa, proses belajar tetap berjalan, dan dalam pada itu, diuji ujian ditipu modal yang banyak, lebih dari USD20K oleh individu yang mengatakan mereka boleh tradekan untuk kita dan janjikan pulangan 100% dalam masa kurang dari 6 bulan. 

Kami tahu potensi itu memang tinggi kerana sudah membuat kajian yang mendalam mengenai pasaran ini. Tetapi apakan daya, terkena.

Setelah melalui segala proses tersebut, dan mempelajari pelbagai sistem, teknik dan cara, masih lagi rugi melebihi untung. Dan boleh dikatakan untuk cover semula kerugian tersebut, kami kehilangan semua modal yang untung tersebut. Anda faham bukan?

Secara jujurnya memang hampir putus asa, mungkin bidang ini bukan bidang kami. Tetapi rezeki kami dipertemukan dengan seorang ex-traders sebuah financial firm terkemuka dunia, diajar strategi dan sistem yang membuka mata untuk memulakan secara serious apa yang kita panggil forex trading.

Dan bulan-bulan terawal masih kelihatan untung tetapi sedikit, but ya, melebih dari kerugian yang ada. For the first time. Long story short, setelah melalui pelbagai proses untung rugi, pahit getir, dan akaun compounded semakin grow, kami sedar, itulah kemanisan usaha yang tidak pernah putus asa, dan kemanisan tersebut masih dirasakan sehingga kini, dan boleh digunakan untuk pelbagai instrumen, iaitu kini, FCPO.

Jadi, berbalik kepada soalan, adakah kami nak untung dari buat kelas? 

Sejujurnya, proses yang kami lalui selama 12 tahun, segala pengalaman untung dan rugi, kebaikan dan keburukan, apa yang boleh digunakan dan apa yang tidak,  yang membawa kami kepada tahap sekarang,  telah dipendekkan untuk anda. Apa yang anda terima, adalah satu kesimpulan terbaik untuk 12 tahun proses dan pengalaman kami didalam dunia trading. 

Kami sediakan course structure, dan sistem serta strategi terbaik yang boleh digunakan dalam pelbagai market condition, khas untuk REVO Traders. 

Janji kami adalah, anda tak akan disia-siakan, dan anda grad dari REVO dengan satu kemahiran money-making yang unik dan paling best, ianya repetitive, sentiasa berulang, sentiasa berulang.

Now, bersama REVO, making money everyday is too mainstream for you.

Seperti yang telah diberitahu, skop training kami bukan hanya tertumpu kepada FCPO, tetapi apabila bercakap mengenai analisa, teknikal, chart, harga, market, candlestick, rejection, wick, engulfing, pullback, retracement, sudah tentu ianya sama. 

Dan YA, ianya khas untuk anda, TRADERS. 

Apa yang membezakan kesemua instrumen ini hanyalah market behavior dan fundamental factor. Dan sedikit info, jika saham, one way, trading. Faham bukan?

But basically, its the same method, approach, and strategy. Trust me. Anda tidak akan kosong bersama REVO.

Anda ada pertanyaan ? Hubungi kami

Mulakan revolusi kewangan anda

“No one will change you except yourself”. Bertindak segera dan mulakan karier trading anda secara profesional bersama REVO Traders hari ini..