Satu sistem. Dua tahap.
Satu misi.
Revotraders bukan kelas sekali habis. Ia laluan lengkap untuk trader FCPO Malaysia: Trade Cara Revo membina asas anda, dan Revo Trading School membawa anda berdagang setiap hari bersama coach. Anda pilih di mana nak mula; sistemnya tetap satu.
Tiga ayat yang kami pegang
sejak hari pertama.
01Trader Malaysia tak perlukan lebih banyak teknik. Mereka perlukan satu sistem yang disusun betul.
02Kami jujur tentang risiko. Sesiapa yang janji untung tetap bukan sedang mengajar, dia sedang menjual mimpi.
03Tempat ini dibina supaya trader membesar dari langkah pertama sampai mampu berdikari di pasaran.
Buka fail Revotraders:
enam aset dalam satu rumah.
Disusun atas satu tulang belakang, kiri dan kanan, macam fail siasatan. Bukan koleksi video rawak.
Coach di belakang sistem ini.
Muhammad Hafiz
PENGASAS & HEAD COACH
Bukan teori dari buku. Ini hasil pengalaman sebenar seorang trader FCPO sepenuh masa yang masih aktif trade setiap hari. Trader, educator dan programmer serentak: beliau mengekod sendiri indikator Revo Pulse X yang kini digunakan hampir 2,000 pelajar.
"Saya tak janji anda akan jadi jutawan dalam seminggu. Tapi saya janji, kalau anda follow sistem yang kami ajar dengan tekun, anda akan nampak perubahan yang nyata dalam cara anda trade."
FCPO patuh syariah sejak 1997.
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah diklasifikasikan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 26 November 1997. Aset asas nyata: satu kontrak mewakili 25 tan metrik minyak sawit mentah dengan spesifikasi dan tarikh serahan yang ditetapkan.
Klasifikasi ini merujuk kepada instrumen FCPO yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives, bukan pengiktirafan mana-mana penyedia kursus.
Yang selalu ditanya tentang kami.
Apa itu Revotraders?
Akademi pendidikan trading FCPO di Malaysia, diasaskan oleh Muhammad Hafiz, trader FCPO sepenuh masa dengan 15+ tahun pengalaman. Satu sistem melalui dua tahap: Trade Cara Revo untuk asas, Revo Trading School untuk keahlian penuh. Lebih 1,000 pelajar telah melalui sistem ini.
Adakah FCPO patuh syariah?
Ya, diklasifikasikan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 26 November 1997. Asasnya aset sebenar: 25 tan metrik minyak sawit mentah satu kontrak, spesifikasi dan tarikh serahan ditetapkan pada masa akad. Klasifikasi merujuk kepada instrumen FCPO, bukan mana-mana penyedia kursus.
Berapa lama saya dapat akses?
Seumur hidup untuk kedua-dua program. Sekali bayar, akses selamanya, termasuk semua update kandungan tanpa bayaran tambahan.
Macam mana cara bayar?
Pembayaran diproses melalui OnPay: FPX (online banking) dan kad kredit/debit. Akses diberikan selepas pembayaran disahkan.
Adakah ini menjanjikan keuntungan?
Tidak. Kami mengajar sistem dan cara berfikir, bukan menjual jaminan keuntungan. Trading melibatkan risiko kerugian, dan hasil setiap orang berbeza. Sesiapa yang menjanjikan keuntungan tetap dalam trading patut anda ragui.
Pilih tempat untuk bermula.
16 bab video FCPO dari asas sampai boleh berdiri sendiri: Projection Harian, Zon Reversal, indikator Revo Pulse X. Sekali bayar, akses seumur hidup, jaminan 7 hari.
Lihat Trade Cara Revo → TAHAP 2 · KEAHLIAN PENUHLive trade harian bersama coach, Daily Morning Mapping, RTS Precision Stack dan komuniti hampir 500 ahli. Laluan utama: upgrade istimewa untuk pelajar TCR.
Lihat Laluan Ke RTS →